Subscribe:

15.9.11

Safee Sali - David Beckham Malaysia

safeesali Safee Sali David Beckham Malaysia


Susulan daripada pemergian Safee Sali ke Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan, beliau mempamerkan taringnya dengan meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut. Malah aksi sulungnya itu turut mendapat liputan akhbar Wales dengan tajuk ‘Malaysian David Beckham’s City Trial‘.
Hebat bukan bila disamakan dengan pemain bola sepak profesional seperti David Beckham. Ini mungkin disebabkan aksi hebatnya mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay sebelum menjaringkan gol sulungnya pada perlawanan lima sebelah itu. Biarpun dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu selepas menjaringkan gol, mujurlah Safee tidak mengalami apa-apa masalah yang boleh mengundang kecederaan lamanya.
Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik. Malah, jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain.
Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City.
Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/safee-sali-digelar-david-beckham-malaysia-di-cardiff-city/#ixzz1Y5wyBEsu


Utusan :
Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin. Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.
Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu. “Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds. “Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.
“Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu. “Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik. “Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya. Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.
Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya.


2 comments:

Alida Ali said...

Dasat Safee Sali ni..suka tgk cara dia main bola...tambah2 lagi masa lawan dgn Liverpool ari tu..

cik misi said...

terbaek r safee