Subscribe:

1.9.11

Arsenal mula panik...buru pemain baru

LONDON: Arsenal dan Tottenham Hotspur yang bermula hambar musim ini adalah antara kelab paling sibuk pada saat-saat terakhir membeli pemain baru sebelum jendela perpindahan di tutup, kelmarin.

Arsene Wenger membeli Mikel Arteta, Andre Santos, Per Mertesacker dan Yossi Benayoun, manakala Manchester City melengkapkan pemburuan musim baru kali ini dengan mendapatkan pemain tengah yang sering dibelenggu kecederaan.
Arsenal pantas membuat keputusan membelanjakan 24 juta pound (RM116.4 juta) apabila memancing pemain tengah Everton, Arteta dengan harga 10 juta pound (RM48.5 juta) mengisi kekosongan ditinggalkan Cesc Fabregas.
Wenger turut membeli bek tengah Brazil, Santos dari Fenerbache pada harga 6.2 juta pound (RM30.1 juta) serta Mertesacker dari Werden, Jerman (RM38.8 juta) serta pemain tengah Chelsea, Yossi Benayoun menggantikan Samir Nasri. Penyerang Denmark, Nicklas Bendtner dipinjamkan Arsenal kepada Sunderland.

Tottenham mendapatkan pemain tengah England, Scott Parker (West Ham) pada harga 6 juta pound (RM29.1 juta) dan berjaya menyimpan Luka Modric yang diburu Chelsea, tetapi Peter Crouch mengikut jejak Wilson Palacios ke Stoke.

Selepas gagal mendapatkan Modric, Chelsea akhirnya beralih kepada pemain tengah Liverpool, Raul Meireles. Bos Liverpool, Kenny Dalglish memanggil kembali Craig Bellamy ke Anfield dan melepaskan Joe Cole ke kelab Perancis, Lille. - AFP


1 comment:

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html