26.9.11
Kami gotong royong umah yang cam tongkang semi pecah
25.9.11
24.9.11
22.9.11
Universiti Teknologi Petronas - here i come....
21.9.11
Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!
Jom bro lawan aku amik pic ko,ko amik pic aku
Hadiah Utama
1x iPOd Shuffle
Hadiah Tempat Pertama
2x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 3 SHAWL & T-shirt for men + topup
Hadiah Tempat Kedua
1x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 2 SHAWLS / T-shirt for men + topup
Hadiah Tempat Ketiga
3x SHAWLS/ T-shirt for men + topup
10x Hadiah Saguhati
SUPPORTED BY :
LOVELY DE' FASHION
KUCINGS' BLOG
NURAIZUDDIN -advisor xD
Wordless Wednesday #
Anak jiran sebelah score 9A's tao tak!!!!
Malaysian - Jepun
Inilah saatnya
Jika kita seorang yang sering mengikuti kata hati, kita tidak akan dapat lari untuk memikirkan sesebuah perubahan dalam diri kita walaupun sesaat. Disebabkan ini, kita sering kali mengikut kata hati, dan jika kata hati kita inginkan sedikit perubahan kepada yang baik. Maka sedikit jugalah yang akan kita dapat. Jika kata hati kita ingin perubahan yang banyak, maka banyak jugalah yang kita akan perolehi. Oleh itu, kita sering diminta untuk bermuhasabahkan diri. Muhasabah itu, muhasabah ini.
Namun muhasabah itu bukankah maksudnya mengingat balik? Mengenang kembali? Elokkah kenang-kenangan ni? Orang selalu kata : ‘Barang yang lepas usah dikenang?’. Saya tinggalkan sedikit persoalan ini kepada anda untuk bermonolog sejenak. Jika saya sendiri yang menjawabnya, maka boringlah penulisan ini, ya tak?
Kita manusia sering saja lupa. Pangilan lainnya bagi manusia ialah insan. Insan itu pula maksudnya pelupa. Jadi kita manusia yang sering lupa. Lupa untuk sembahyang, lupa hendak buat kebajikan, lupa hendak telefon mak dan ayah dan segala macam kelupaan lagi. Kerap pula kita ini terlupa ‘siapa diri kita sendiri‘.
- Ahmadi Bin Katu Mahmud -
Jika difikirkan dari segi logik akal, muhasabah lebih sesuai kalau dipanggil renungan. Memang muhasabah boleh juga dipanggil sebagai kenangan. Tetapi biasanya kenangan itu adalah ingatan yang bukan-bukan. Ingatan yang menyedihkan, mengecewakan atau pun membuat fikiran yang melayang-layang. Lebih senang saya katakan, muhasabah ini adalah satu proses bagi melihat kembali diri kita sendiri.
Contohnya begini, kita telah bercinta selama bertahun-tahun. Tiba-tiba saja satu hari, kerana perbalahan kecil hubungan itu putus. Perasaan cinta dan kasih sayang itu telah pun bertukar menjadi satu perasaan yang sangat benci dan dendam.
Apabila kita mengingati semula pada peristiwa tersebut, kita panggil sebagai kenangan atau pun memori. Apabila kita teringat peristiwa itu kita rasa sedih sangat, kecewa, hendak bunuh diri, rasa tidak berguna, menyesal tidak sudah, malah asyik menangis saja. Semua perasaan kecamuk itu datang sekali dan membuatkan kerja tidak menjadi. Inilah yang orang panggil mengenang sesuatu yang sudah.
Mengenang sahaja tidak cukup. Tetapi itulah yang kita suka lakukan. Apabila kita mengingat sesuatu dan mahu membaiki diri, itu barulah namanya muhasabah. Kita putus cinta, lalu kita belajar daripadanya.
Kita belajar erti hubungan. Kita belajar menjadi seorang yang lebih penyabar. Kita belajar suatu yang kecil tetapi boleh menyebabkan yang kecil itu menjadi sesuatu yang besar. Kita belajar segala macam sesuatu dan ubah diri kita agar menjadi lebih baik.
Kerana itu muhasabah dan kenang-kenangan itu sesuatu yang sangat berbeza dari pandangan saya. Kenang-kenanga itu sekadar ingatan. Kerap pula merosakkan jiwa dan memusnahkan peribadi. Sedangkan muhasabah itu beringat. Ianya banyak memberi kesan yang baik dalam memperbaiki jati diri untuk menjadi lebih baik.
sumber inspirasi sepenuhnya : ahmadikatu