Subscribe:

22.8.11

Pasar ramadhan seri iskandar dilanggar todak...eh dilanda ribut


PARIT: Sebanyak 12 khemah yang menempatkan peniaga Pasar Ramadan berhampiran Pejabat Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar dekat sini musnah dalam kejadian ribut, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika bazar terbabit sesak dengan orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.
Peorang peniaga, A. Halim Ngah Ismail, 36, berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli minuman.
Katanya, angin kencang melanda mengakibatkan khemah peniaga diterbangkan hampir 10 meter dan keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung bertempiaran menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, syukur kepada Allah kerana kejadian berkenaan tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius atau kehilangan nyawa di kalangan peniaga atau pelanggan," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria berkata, pihak Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) akan mengambil tindakan segera membantu peniaga yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Jika semuanya berjalan lancar, semua peniaga akan dapat berniaga seperti biasa di situ esok bagi membolehkan mereka mencari rezeki ketika membuat persiapan menyambut kedatangan Hari Raya minggu depan," katanya. - BERNAMA

source : bharian

tp nak habaq mai, aku kenal sgt ngn
A.Halim Ngah Ismail tu

sejak bile abng yeng umur 36 ni?
masuk paper trus jd muda plak ye
haha

ni la watak yg ditemuramah dalam berita tu..
esok pakat gi beli air tebu ngn die..
best woooo konferm lusa nak beli lg

1 comment:

Dalila Diela said...

pasar ramadhan dekat dgn tempat saya belajar nie..