Subscribe:

Pages

21.7.10

Isu Burqa - serius dalam menjaga aurat atau hanya taksub?

Untuk mencari sesuatu yang benar bukanlah mudah.

act, aku tak la follow sangat pasal isu burqa ni. Just tahu sket2 pasal France nak haramkan pemakaian burwa kat negara tersebut. Maka ramai la aktivis Islam dan negara2 Islam yang menyuarakan tentangan mereka terhadap keputusan itu yang dianggap terlampau diskriminasi terhadap budaya ( amalam sunat ) bagi umat Islam sendiri.

Bagaimanapn, kalau kita tgk balik, pemakaian burqa bukanlah wajib diamalkan. Ajaran islam sendiri mewajibkan supaya wanita menutup seluruh anggota badan tidak termasuk muka dan telapak tangan. Tp di negara2 Arab, pemakaian burqa ni dah jadi tradisi malah wanita tidak dibenarkan keluar rumah jika tidak memakai burqa. Aku tak rase mane2 silap pon dekat budaya yang diamalkan tu, sebb kat malaysia pon ade je isu2 bile benda wajib disunatkan dan benda sunat pulak diwajib2kan...kan?

Ingat tak kat Syeikh Muhammed Sayed Tantawi?

Beliau merupakan seorang pemikir Islam yang agak tersohor pada suatu ketika dulu dengan kerja2 dakwah dan usaha dalam menegakkan Islam.

Pada tahun 2009, beliau mengeluarkan fatwa mengenai larangan kepada pelajar Muslimah mengenakan tudung wajah penuh atau niqab ketika memasuki kelas dan asrama di Universiti Al-Azhar. Mana tak, di waktu umat islam di Perancis berhempas pulas mempertahan hak pemakaian burqa, Tantawi seakan melemahkannya. Beliau juga termasuk di antara ulama yang mendukung fatwa Majma’ Buhuts Al-Islami Al-Azhar yang membenarkan mendirikan dinding pemisah di antara Mesir dan Gaza. Ini, tak perlu dijelaskan dalam-dalam pun kita tahu mengapa menjadi kontroversi hebat.

Kenapa France nak haramkan burqa?

laporan utusan 23 jun:
PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Dimana releven antara peraturan dan juga kebebasan sejagat?

banyak yang aku sendri lihat, ramai aktivis Islam menyuarakan ketidakpuashatian tentang isu ini. Saya sendiri turut merasa kan penghinaan yang dilakukan oleh negara2 barat yang meletakkan isu agama sebagai sesuatu yang perlu diperdebatkan berbanding cuba menangani isu2 lain dinegara mereka seperti kes bunuh,rogol,culik dll. Bagaimanapun,di rasakan bahawa masalah ini biarlah golongon yang benar2 memahami Islam untuk memperjelaskn nye. Sebb dari kite bertelagah,mengeluarkan kata marah tak tentu pasal takde guna jgk kan.

tp pandangan aku just burqa tak salah untuk dipakai sebb sunat, tp jgn la sampai terlampau taksub sehinnga menyiksa diri. Cube lihat video ni.




No comments: