Subscribe:

13.11.10

Damn : dah la tempang, masuk kandang singa pulak


ape la nasib pasukan bolasepak Malaysia...
baru nak mengaum, dah kena tembak kat kaki...
bile dah tempang, kena plak campak masuk kandang singa...

adohai...
bagi aku kekalahan Malaysia kat team china sgt tak fair...
1. pemain tonggak seperti Aidil takde dlm kesebelasan utama
2. awal2 dah dpt 2 kad merah...campur lak satu lg kad kat 2nd half
3. gile ape nak main pakai 8 orang je...real madrid pon leh kalah camtu ngn china

sedih sal kalah ngn china 3-0. tibe tgk paper on9 ckp
"Skuad Rajagobal Layak ke Pusingan Kedua"
berbunga2 la hati aku...

tp bile pikir balik, next match lawan iran kot..
iran tu dah la team kuat(sebb diorang makan unta kot)
sedih tol la nasib team Malaysia.
sakit giler perjalanan diorang dlm sukan asia ni...

tp takpe, truskan ngauman skuad Harimau mu..


GUANGZHOU: Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini, Sabtu.

Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.

Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam Kumpulan lain.

Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.

Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.

Kad merah ketiga dilayangkan kepada S.Kunalan pada minit ke-81.

Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelengu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83. source : mstar

hahaha...

tp kan tak sampai sehari dah ade orang create page maki pengadil australia bodoh tu

JOM PAKAT LIKE KAT FB : LINK

2 comments:

ahsfantasy24 said...

pngadil tu mmg gile..
truk sakan..huhu~

cian Malaysia..

Anonymous said...

Damn, pretty interesting article. Where can I find your RSS?

Katherine Stepman
prevent security